8.5.11

Terima Kasih Ibu, Kasihmu Tiada Taranya

Terima Kasih Ibu, Kasihmu Tiada Taranya


Terima Kasih Ibu, Kasihmu Tiada Taranya

Posted: 07 May 2011 05:05 AM PDT

Selamat Hari Ibu.
"Syurga di bawah tapak kaki ibu. Kasih ibu tidak bertepi. Kasih ibu membawa ke syurga. "

Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan-ungkapan di atas. Ianya ungkapan-ungkapan benar untuk meluahkan betapa kasih dan sayangnya ibu pada anaknya, sehinggakan syurga ibarat berada di bawah tapak kaki ibu. Itu melambangkan betapa mulianya seorang ibu.

Kasih ibu juga tiada bandingannya. Kita tidak dapat mencari kasih yang lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Itulah betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya.

Amat mulianya ibu, sehinggakan Islam meletakkan kemuliaan ibu itu lebih tinggi dari syurga itu sendiri. Bagi mereka yang masih ada ibu, kasihilah ibu anda kerana ibu anda hanya seorang sahaja, bila masa memanggil mereka pergi tinggallah kita di dunia ini tidak beribu lagi. Bagi mereka yang ibuya sudah menyahut panggilan Ilahi, hadiahkanlah mereka dengan amal jariah dan menjadi manusia yang berguna.

Buat semua yang bergelar ibu, diucapkan selamat hari ibu. Buat bonda saya, Pn Rafiah bt Awang Hamat, anakanda ucapkan selamat hari ibu, kasih bonda yang bonda curahkan pada anakanda akan anakanda jadikan pembakar semangat untuk anakanda terus menjadi manusia yang berguna dan meniti hidup ini sebagai khalifah Allah, sebagaimana yang bonda harapkan. Bonda, doakanlah anakanda ini, anakanda tidak pernah tidak perlu pada doa bonda. Anakanda sayang amat pada bonda.

Saya tujukan video ini buat semua ibu seluruh dunia (khasnya ibu saya), kalian lambang kasih sayang sejati:



Para ibu sekalian, curahkanlah kasih sayang pada anak kalian, didiklah mereka menjadi manusia berguna, bimbinglah mereka ke syurga.

Selamat hari ibu!

0 comments:

Post a Comment

Untuk booking MAID diatas,

Sila Bank-in RM39 (Bayaran BOOKING) ke akaun "164025848519" Maybank ATAU akaun "7025890979" CIMB (bank lain sila guna Interbank crosstransfer)

ATAU sila transfer $13 melalui kad kredit/PayPal ( emel penerima : sfc.securities@yahoo.com )



Kemudian Emailkan maklumat dibawah ke " BursaCourse@gmail.com "

===================Tajuk/Title email di bahagian Subjek Email=================

BOOKING MAID

========================Kandungan/Text email=========================

NAMA MAID : (isikan Nama )

KAWASAN MAID : (untuk kami kenalpasti maid)

Bank dan Cawangan bayaran BOOKING dibuat : (Cth CIMB , cawangan Tumpat Kelantan / secara online)

Masa dan Tarikh bayaran BOOKING dibuat : (Cth 2.15 petang , 10/3/2013)

Nama ANDA :
No.Tel ANDA :
Alamat Emel ANDA :
Alamat Emel ALTERNATIF : (jika ada)
Alamat FB ANDA : (jika ada)

===================================================================



*Kami akan menghantar maklumat untuk menghubungi MAID tersebut ke emel anda dalam tempoh 48 jam.











Note: Only a member of this blog may post a comment.