GUNA SEARCH BOX DI ATAS (KANAN)

Untuk cari Pembantu Rumah berhampiran anda...

KEMUDIAN LIHAT SENARAI DI BAWAH

Pilih dan klik Pembantu Rumah yang anda ingin, kemudian ikut arahan BOOKING di bahagian COMMENT

27.8.11

[New post] 4832

4832

iqmarl | August 27, 2011 at 11:49 pm | Categories: Berita | URL: http://wp.me/pvDxa-1fW

Oleh HISHAM IDRIS SEMASA dibawa berkunjung ke Masjid Musulman, Ho Chi Minh City, Vietnam baru-baru ini, mata penulis terpandang kelibat seorang anak gadis bertudung sedang bermain badminton di halaman bersebelahan masjid. Wajah riang Hasikin Thanh Liem, 18, mencuri hati penulis untuk mendekatinya bagi memahami Islam di dalam jiwa anak gadis ini. Anak bongsu daripada dua [...]

Read more of this post



Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: http://subscribe.wordpress.com

24.8.11

[New post] Air garam penawar racun

Air garam penawar racun

iqmarl | August 24, 2011 at 10:01 am | Categories: Berita | URL: http://wp.me/pvDxa-1f7

Oleh SYALMIZI HAMID KANAK-KANAK lebih berisiko mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa.   BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ. Selain Nurdini, ahli [...]

Read more of this post



Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: http://subscribe.wordpress.com

22.8.11

[New post] Kashmir menagih keamanan

Kashmir menagih keamanan

iqmarl | August 22, 2011 at 6:32 am | Categories: Berita | URL: http://wp.me/pvDxa-1ey

  KASHMIR kini melalui detik-detik yang tenang sejak lapan tahun lalu selepas termeterainya gencatan senjata di antara India dan Pakistan. Bagi penduduknya, keadaan itu membolehkan mereka membina semula kediaman dan menanam padi di wilayah yang mempunyai ketumbukan tentera paling ramai di dunia berhampiran sempadan kedua-dua negara. Namun, bagi tentera yang berkawal di wilayah pertikaian itu, [...]

Read more of this post



Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: http://subscribe.wordpress.com

[New post] Bayangan manusia di langit

Bayangan manusia di langit

iqmarl | August 22, 2011 at 6:28 am | Categories: Berita | URL: http://wp.me/pvDxa-1eu

AWAN berbentuk wajah manusia tersenyum dirakam di Grand Falls, Kanada.   KOPERAL Suhairi Mahsan, 39, sedang bertugas di menara kawalan Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan apabila dia terpandang kepulan awan berbentuk aneh di langit. Menurut Suhairi, dia melihat satu objek sedang turun perlahan-lahan. Setelah diamati, dia terkejut kerana [...]

Read more of this post



Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: http://subscribe.wordpress.com

[New post] Khazanah dasar laut

Khazanah dasar laut

iqmarl | August 22, 2011 at 6:24 am | Categories: Berita | URL: http://wp.me/pvDxa-1er

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN   RATUSAN tahun dahulu, ribuan kapal telah belayar merentasi Selat Melaka dan Laut China Selatan. Destinasi mereka adalah untuk mencari tanah baharu namun sebahagian besar daripadanya ingin berdagang dengan dunia luar. Tidak hairanlah pada abad ke-15, perairan laut negara dipenuhi kapal yang membawa banyak barang dagangan. Sungguhpun begitu, tidak semuanya [...]

Read more of this post



Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: http://subscribe.wordpress.com

[New post] Jaket penyejuk badan

Jaket penyejuk badan

iqmarl | August 22, 2011 at 6:21 am | Categories: Berita | URL: http://wp.me/pvDxa-1eo

PEMAKAI akan kelihatan sedikit pelik kerana jaket tersebut akan menggelembung apabila digunakan.   KUCHOFUKU yang bermaksud 'pakaian berhawa dingin', telah menerima tempahan yang tinggi ekoran catuan tenaga elektrik di Jepun selepas bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu pada 11 Mac lalu. Permintaan terhadap produk yang mampu memberi kelegaan kepada tubuh badan daripada [...]

Read more of this post



Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: http://subscribe.wordpress.com

[New post] Tradisi Masjid Kampung Hulu

Tradisi Masjid Kampung Hulu

iqmarl | August 22, 2011 at 6:16 am | Categories: Berita | URL: http://wp.me/pvDxa-1ek

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID   MASJID Kampung Hulu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka sudah berusia 283 tahun. Rumah Allah yang dibina oleh seorang pendatang dari negara China itu sudah merentasi beberapa zaman. Namun, reka bentuk dan struktur konkritnya masih utuh dan tersergam indah. Masjid Kampung Hulu tidak pernah sunyi sehingga kini. Alunan ayat-ayat suci [...]

Read more of this post



Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: http://subscribe.wordpress.com

8.8.11

[New post] Masjid Hassan II, Casablanca

Masjid Hassan II, Casablanca

iqmarl | August 8, 2011 at 2:49 pm | Categories: Berita | URL: http://wp.me/pvDxa-1dv

Masjid Hassan II, Casablanca, Maghribi: Seolah-olah sujud atas air TINGGI....menara Masjid Hassan II tertinggi di dunia iaitu dengan ketinggian 210 meter. MASJID Hassan II adalah masjid terbesar di Maghribi dan masjid kelima terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah, Masjid Muhammad Ali Pasha atau Masjid Alabaster di Kaherah dan Masjid [...]

Read more of this post



Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: http://subscribe.wordpress.com

Doa-doa Harian Dalam Bulan Ramadhan

Doa-doa Harian Dalam Bulan Ramadhan


Doa-doa Harian Dalam Bulan Ramadhan

Posted: 07 Aug 2011 01:20 AM PDT

Doa-doa Harian Dalam Bulan Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat semua umat Islam. Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat dan rahmat. Di dalamnya terkandung pengampunan, berkat dan rahmat dari Ilahi.

Bulan ini mendidik umat Islam agar sentiasa sabar dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di dalam bulan ini juga umat Islam digalakkan memperbanyakkan bersedekah, beribadah dan berdoa kerana berkatnya bulan ini.

Di bawah ini adalah doa-doa harian bulan Ramadhan yang boleh diamalkan oleh semua. Semoga doa-doa ini menjadikan Ramadhan kita lebih berkat.

Doa Hari Pertama
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku… Wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat dosa.

Doa Hari Kedua
اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Dekatkanlah aku kepada Keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.

Doa Hari Ketiga
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Zat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa Hari Keempat
اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintahMu, dan berilah aku manisnya berzikir mengingatMu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada Mu, dengan kemuliaanMu. Dan jagalah aku dengan penjagaanMu dan perlindunganMu, wahai Zat Yang Maha Melihat.

Doa Hari Kelima
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara auliya'Mu yang dekat disisi Mu, dengan kelembutanMu, wahai Zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa Hari Keenam
اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadapMu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasanMu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaanMu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan.

Doa Hari Ketujuh
اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

Ya Allah.. Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingatMu secara berkesinambungan, dengan taufiq Mu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari Kelapan
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaanMu, wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Hari Kesembilan
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

Ya Allah.. Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmatMu yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaanMu yang penuh dengan kecintaanMu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari Kesepuluh
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepadaMu, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang menang di sisiMu, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang dekat kepadaMu dengan ihsanMu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari Kesebelas
اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ

Ya Allah.. Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari Kedua Belas
اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaanMu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Ketiga Belas
اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ

Ya Allah.. Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuanMu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari Keempat Belas
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaanMu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari Kelima Belas
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu', dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamananMu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Keenam Belas
َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmatMu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhananMu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari Ketujuh Belas
اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ

Ya Allah.. Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang suci.

Doa Hari Kelapan Belas
اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ

Ya Allah.. Sedarkanlah aku akan keberkatan yang terdapat di saat Saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, demi cahayaMu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari Kesembilan Belas
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ

Ya Allah.. Penuhilah bahagianku dengan keberkatannya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari penerimaan kebaikan-kebaikannya, wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari Kedua Puluh
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca al-Quran wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mukmin.

Doa Hari Kedua Puluh Satu
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaanMu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, wahai Pemenuh Keperluan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Dua
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, turunkan untukku keberkatanMu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaanMu, dan tempatkanlah aku di dalam syurgaMu yang luas, wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari Kedua Puluh Tiga
اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ

Ya Allah.. Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari Kedua Puluh Empat
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

Ya Allah.. Aku memohon kepadaMu hal-hal yang mendatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung denganMu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahanMu, dan aku memohon kepadaMu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadapMu, wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari Kedua Puluh Lima
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-orang yang menyintai auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuhMu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup NabiMu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari Kedua Puluh Enam
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari Kedua Puluh Tujuh
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah.. Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya yang soleh.

Doa Hari Kedua Puluh lapan
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ

Ya Allah.. Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepadaMu diantara semua perantara, wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Sembilan
اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Ya Allah.. Liputilah aku dengan Rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan dosa-dosa fitnah Wahai Pengasih terhadap hamba-hambaNya yang mukmin.

Doa Hari Ketiga Puluh
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ‏

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaanMu dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Semoga berguna untuk semua dan diri saya juga. Selamat menunaikan ibadah puasa dan menghidupkan Ramadhan yang penuh berkat.

4.8.11

1.8.11

http://spygearhq.com/test.php?html1